Sunday 29 August 2010

Ada Untukmu VIII

“I really love you, Suri”....bisik hati kecil Rezqi. Keserasian dijiwanya dirasakan bersama Suri sudah tidak dapat dibendung lagi. Kalau dahulu suasana seperti dirasakan semuanya indah disulami kenangan manis bersama Suri dan kini semuanya seperti diragut pergi dari jiwa Rezqi. Pencariannya untuk menjejaki Suri menemui jalan buntu. Mana tidaknya, selepas kemalangan malang itu, semuanya seakan berkubur. Tiada Seri, rakan2 yang begitu setia dalam perjalanan hidup Rezqi. Suri tidak lagi menghuni rumah sewanya manakala rakan2nya membawa haluan masing2 untuk hidup ynag lebih sempurna. “Bro...aku ingat nak balik kampong la..lepak KL pun macam tu je tiada perubahan..Balik noreh lagi baik” kata2 terakhir Ah-Chong itu masih segar dalam kenangan Rezqi.
Hatinya juga membentak pada Suri, mana tidaknya dia menghilang begitu sahaja tanpa sebarang jejak. “masihkan ada ruang untuk aku memperbetulkan sesuatu prasangka palsu ini didalam keadaan yang begini?” “ Suri2, pasti kau disaat ini sudah mengetahui perkara yang sebenarnya dan aku sudah bersedia untuk mengetuk pintu hatimu” bisik hati Rezqi.
Rezqi masih ingat lagi saat2 dan melepaskan tangan Suri untuk berbincang dengan Firkan. Dunia seaakan kelam buatnya lataran tindakannya itu. “Let’s talk” itulah kata2 Suri yang menyakinkan Rezqi bahawa Suri akan pergi untuk selamanya. “Apa lagi fir? Tak cukup kah apa yang awak lakukan pada saya? Saya tidak lebih hanya boneka untuk awak. saya tidak berhak untuk cinta awakkan ? jawab Fir kenapa diam Fir? Air mata Suri tidak dapat dibendung lagi. Firkan yang membisu sejak dari tadi mula memainkan peranannya. Tangan Suri digengamnya dan Suri merasakan saat kebahagiaan akan muncul semula. Dipejamkan matanya rapat2 dan Suri pasti ianya seperti suatu kejayaan didalam memiliki Firkan. Kekesalan juga seaakan beraja dihati Firkan. Lantas Firkan memulakn bicara.
“Suri sebenarnya saya terperangkap antara cinta dan kekayaan. Kerananya saya terpaksa melepaskan awak. Tapi itu dulu, kini saya dah sedar betapa saya rasa kehilangan tanpa awak.” Suri merasa tenang selepas mendengar kata2 Firkan dan dia pasti cinta akan menjadi miliknya. “Tetapi adakan ini yang aku cari? Lelaki yang hipokrit ynag sanggup menghancurkan hati seorang wanita” bisik hati kecil Suri. “ Tidak Fir. Saya tidak akan menerima awak semula dan percayalah jodoh bukan milik kita” jelas Suri berbicara sambil ditarik tanganya daripada gengaman Firkan. “ Suri percayalah, saya hanya untuk awak.” Kali ini renungan Firkan semakin tajam mencari kepastian tentang sesuatu. Suri hanya menbatukan diri. Padanya Firkan hanya mahu bermain dengan cintanya tanpa keikhlasan.Seperti kata2 Rezqi “orang lelaki tidak suka jika barang mainanya diambil orang”.
Suri nekad bahawa tiada lagi nama Firkan dalam kamus hidupnya. “That enough Fir. Walaupun saya menyintai awak tidak bermakna cinta tidak boleh beralih arah. Untuk masa ini biarlah saya menyindiri dan saya mahukan awak bahagia Fir. Dan tolong tinggalkan saya untuk cinta kita.” Lantas Suri kembali kearah Rezqi. Kata2 terakhir Suri amat menyakitkan hati Firkan. Kalau dulu Suri mudah untuk dipujuk tetapi kini Suri seakan2 sudah memiliki ketabahan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
“Suri ! saya akan pastikan awak akan menjadi milik saya, tunggu saya akan kembali”. Lantas Firkan berlalu dangan muka yang mencuka. Bukan sahaja cintanya tidak berbalas tetapa penghinaan keatasnya harus dibalas. “Awak Ok? Jadi awak pilih sayalah. Thanks Suri.” Usik Rezqi. Tiada sebaranng kata2 diungkapkan olah Suri sebelum berlalu untuk menyatakan pilihanya. Hatinya masih bersedih dengan keegoan Firkan. Perubahan yang ketara pda Firkan ynag dulunya sangat lembut berbicara, keegoaanya kini merobek hati Suri. Kekayaan yang dicari dan cinta hanya sebagai percaturannya.
Masa terus berlalu, cinta Suri mula beralaih arah. Dia merasakan Rezqi lelaki ynag berambut kerinting ini mampu mengubah hatinya untuk menerima cinta kembali. “Perlukan aku menerimanya. Masakan tiada perempuan yang mengenjar cintanya. “Hi Suri, dah lama sampai” sapaan Rezqi meberhantikan lamunan Suri. Memenag dia bersetuju unuk menonton wayang bersama rezqi pada hari itu. Belumpun sempat Rezqi membeli tiket untuk masuk kepanggung dia bertembung dengan Emilia yang kebetulan ada disitu. Mata bertentangan dan kenagan silam bertaut kembali.
“Hi Rez, What happen to you. I’ve been looking for you all this time. Why you did this to me?” Rezqi tersentak dan cuba mengelak darinya, Emilia terus mengekori rezqi sampai ketempat Suri. Suri terkejut dengan kehadiran Emilia. Daripada pemenrhatianya Emilia seorang yang memiliki personality ynag menarik. Dengan raut wajahnya ala2 pan-asia itu pasti ramai lelaki yang akan memgagumi kecantikanya.” Tetapi kenapa Rezqi ?” Bisik hati kecilnya berbaur sedikit rasa cemburu.
Rezqi ynag tadinya membisu kini memulakan bicara “ Jom kita balik Suri. Panas la tempat ni.” Suri mula terkesan tentnag ada sesuatu ynag tidak kena dengan keadaan itu terus mengikuti Rezqi berlalu.Niatnya untuk menonton wayang terbantut begitu sahaja. Emilia masih lagi terpinga2 dengan tindakan Rezqi. “Rez...tunggu, I not finish with you.” Rezqi dan Suri terus berlalu tanpa mengindahkan Emilia.
Keadaan didalam kereta amat sepi sekali. Tiada sepatak kata keluar dari mulut Rezqi mahupun Suri. Hanya radio sebagi ganti untuk masa ini. Suri masih lagi berteka-teki mengenai Emilia manakala Rezqi merasa bersalah takut2 Suri akan memarahinya. Emilia sebenarnya adalah bekas tunang Rezqi ynag dahulunya pertunangan mereka diatur oleh keluarga. Sikap terlalu bersocial Emilia akhirnya mengakhiri pertunagan mereka ynag mana Emilia ditangkap basah dengan Hazril kekasihnya. Maklumlah Rezqi daripada keluarga yang miskin percaturan untuk menjadi Pak Sanggup ditidakkan dengan keadaan itu. Ternyata keadaan menyebelahinya. Emilia berterusan meninta maaf kepadanya dan tidak mahu menerima kenyataaan. “Rez maafkan I. I tahu I salah tapi maaf kan I, sayang. Wanita tak sedar diuntung dan hipokrit. “ Saya maafkan awak dan tidak mungkin saya menyintai awak walaupun awak memiliki jasad saya”. Kata2 terakhir Rezqi sebelum meniggalakan Emilia.
“Rez, maafkan saya. Saya tidak bermaksud untuk mencuri kebahagiaan awak. Janganlah awak mengorban perasaan cinta awak kepada saya semata2 awak simpati kepada saya. Please leave me dan kenapa awak sanggup mempermainkan perasaan saya?” Suri terus menghukum Rezqi. Belumpun sempat rezqi membalas kata2 Suri, mereka telah sampai diumah sewa Suri dan Suri terus berlari meniggalkan Rezqi dalam keadaan ynag pasrah.
Tangisan Suri mula kedengaran seperti hari2 ynag berlalu, Rasa bersalah Rezqi semakin menebal. “ kenapa aku tidak memberitahu keadaan yang sebenarnya? Takkan demi keluargaku aku harus mengadaikan prisip yang menjadi tunjang hidupku? Dan kerana perasaan inilah aku tidak dapat membuat keputusan. Tetapi apakah perasaan yang aku rasakan ini benar2 menyatakan aku sudah jatuh cinta pada Suri?” Rezqi memberanikan diri menghampiri balkoni lalu menyapa Suri “Dah la tu Suri, saya kan ade kat sini “ usik rezqi. “ I hate you, Rez” ujar Suri untuk mengakhiri episod malam itu.
“Hi sayangku Emilia. Dah lama tunggu?” Firkan menyapa Emilia. “tak” jawabnya pendek. “macamana dengan plan kita menjadi? “Ok sayang Berjaya...tapi I tak nampak yang rezqi tergugat dengan rancanagn kita ni sebaliknya Suri sudah termakan umpan kita. Ujar Emilia. “Padan Muka” ujar firkan sambil diiringai ketawa daripada Emilia. “Mari kita celebrite.....”. Dengan kegimbiraan itulah mereka tidak sedar mereka diperhatikan oleh Rezqi. “memang dah jadi adat yang baik hanya untuk yang terbaik begitu juga sebaliknya” desus hati Rezqi. Dasar buaya darat. Kehilangannya yang menjadi tanda tanya Suri akhirnya berbaloi dengan adegan dihadapan matanya kini. Mahu sahaja dia memanggil Suri tetapi apakan daya, hati Suri masih belum dimikliki. Tekad Rezqi kini adalah untuk meneguhkan apa yang sudah tertulis baginya iaitu CINTA SURI....
Ternyata Firkan belum mahu mengalah, dipujuknya Suri agar kembali kepadanya. Suri hampir pasti cinta Firkan adalah ynag terbaik bukannya Rezqi tetapi hatinya masih yakin dengan Rezqi. Kepulangan nya ke Terengganu minggu lepas, mengamit suasana. Ada ynag bertanyakan “Abang LONG” dan tidak kurang juga bapanya ynag amat menyukai pemuda itu. Dan yang pasti kepulangannya adalah untuk menandatangani borang pindah milik harta untuk dipindah milik oleh kerajaan. “Aku bakal menjadi Jutawan”. Dan hakikatnya kerana itulah ynag menjadikan Firkan masih mengejar Suri. Deringan handphone mengejutkan lamunan Suri. “Rezqi?”....
“Boleh kita berjumpa?. Ada sesuatu yang ingin saya sampaikan itupun kalau awak sudi. Penting.” Rezqi memulakan perbualan. “awak call saya ni untuk sakitkan hati sayakan? Kenapa tidak kembali pada Emilia?. Lantas mematikan handphonenya. Kata2 firkan memburukkan Rezqi sudah mula mempengaruhinya. Didalam keadaan ini Rezqi hanya berserah agar dibukakan jalan untuk Suri kembali mempercayainya.
Dalam kaeadaan genting itulah Rezqi hanya mampu berdoa agar Suri membuka FBnya untuk mengetahui siapa sebenarnya Firkan. Diselangi lirik lagu shahir; Begitu cinta kita, ynag jelas ternyata semakin lama semakin retak menimbulkan Tanya apa mungkin kita temui kebahagiaan dalam perpisahan...Rezqi meruntuhkan keegoan seorang lelaki menangis keanakkan seperti meinginkan dirinya diperhatikan.
“ape ni ? daripada Rezqi? Ah...untuk apa? Tapi.. bisik hati Suri ketika melayari FB nya. Pada saat ini Firkan sudah Berjaya pada matlamatnya untuk memujuk Suri dan tiada apa2 lagi untuk dibicarakan untuk dengan Rezqi. Taliannya semunya bertukar, Kembali ke terrenganu meninggalkan kenangan bersama Rezqi. Padanya kehidupanya kembali tenang disamping kehadiran Firkan. Apa ynag pasti Suri hanya mengikuti apa sahaja arahan Firkan tanpa meraguinya walaupun pada masa ini dia masih enggan pulang ke kampong untuk melakukan kerja2 kampung. “Bukan kerja aku bro nak buat kerja kampong...nanti kalau Suri dah dapat duit tu, barulah gua balik. Lepas aku dapat duit tu aku blah la kat sini”. Kata Firkan pada rakannya. Ternyata Cintanya hanya pada harta bukan cinta suci Rezqi kepada Suri.
Deraian air mata Suri sudah tidak dapat dibendung lagi. Gambar Firkan dan Emilia meranapkan hatinya. Bagaikan ditusuk sembilu Suri merasakan Rezqi yang dihinanya telah menjadi penyelamat untuk nya selamanya. “why Rez, Why don’t you tell me this earlier?”bentak Hatinya. Disaat inilah Suri mengetahui kebenaranya dan silapnya adalah dia menghukum Rezqi tanpa alasan ynag berasas. Firkan ternyata terkejut and tidak boleh berbuat apa2. Kebodohannya didalam memiliki cinta Suri telah terhukum. Dendam terus terpahat pada hati firkan “ tiada siapa2 yang akan dapat memiliki awak dan saya akan pastikan itu” kata2 terakhir Firkan mengakhiri pertemuannya petang itu. Kemuncak kemarahan Firkan adalan merancang kemalangan malang untuk Rezqi. Mujurlah tiada apa2 ynag dasyat berlaku dan ynag pasti Rezqi ingin mendapatkan kepastian ynag belum pasti untuk memiliki cinta Suri.
Lamunan Rezqi terhenti apabila pintu rumah sewa ynag dahulunya disewa oleh Suri dibuka. Sebuah keluarga ynag kecil tetapi sudahcukup untuk mengammit suasana. “cari apa nak, pakcik sedia membantu”. “ Saya mencari kawan saya yang tinggal disini dulu tapi saya tiada sebarang alamat atau apa2 contact.” Ujar Rezqi. Dia amat menyesali tindakannya menhapuskan data Suri dalam FB nya. Tetapi itulah takdir...”Pakcik ada menyimpan alamat seorang ni, Suri namanya... dia pesan kat pakcik suatu hari nanti pasti ada ynag mencarinya, maka pakcik kene menberikan alamat ini kepadanya.” Perjalanan diatur dan setiap langkah itu dirasakan seperti amat jauh sekali.
“Assalamualaikum!” Rezqi memberi salam.” Waalaikum Salam” jawab suri sambil membuka daun pintunya. “Suri...” Pada saat ini, suasana seakan terhenti tanpa kata2, mata bertentangan, Suri tunduk menitiskan air mata kegembiraan tanda cinta sejatinya sudan hampir digapai. Genggaman erat Rezqi telah meyakinkan Suri untuk terus percaya dan mempercayai cinta yan ikhlas lahir dari hati. “I love you Suri, will you marry me?.......

No comments:

Post a Comment